Larangan media sosial bawah 16 tahun benteng awal ancaman siber
Iklan
Gambar kecil: Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk melarang golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial yang disasarkan bermula tahun depan menjadi benteng awal bagi melindungi kanak-kanak di negara ini daripada terdedah kepada risiko ancaman siber yang lebih besar.
Pakar Psikologi Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, ini kerana kanak-kanak bawah usia berkenaan berada dalam fasa perkembangan kognitif dan emosi yang masih belum matang.