Tragedi yang tidak dapat dilupakan
Iklan
Cuaca hari ini tidak lagi seperti sedekad dua lalu, hujan boleh turun mengejut, paras air boleh naik tanpa amaran. Gambar hiasan
CUTI sekolah semakin hampir dan seperti biasa inilah masa paling dinanti oleh kanak-kanak. Selepas berbulan-bulan bangun awal ke sekolah, cuti panjang memberi mereka ruang bernafas dan peluang menikmati dunia kanak-kanak tanpa batasan.
Waktu inilah mereka akan berkejar di padang, memancing di sungai kecil atau meneroka kawasan hutan yang mereka anggap sebagai taman permainan semula jadi.