Isak jadi pemain Liverpool pertama sejak 1906 catat rekod buruk

Iklan
Isak (kanan) setakat ini belum menemui 'naluri pembunuhnya' seperti yang dipamerkan ketiak menyarung jersi Newcastle United. FOTO: Agensi

ALEXANDER Isak mencatat satu rekod yang tidak diingini apabila menyamai pencapaian 119 tahun lalu susulan kekalahan 3-0 Liverpool kepada Nottingham Forest di Anfield pada Sabtu.

Isak berada dalam kesebelasan utama ketika The Reds mengalami kekalahan keenam dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke-11 selepas 12 perlawanan.

Iklan
Iklan

Forest mengulangi kejayaan musim lalu di Merseyside menerusi jaringan Murillo, Nicolo Savona dan Morgan Gibbs-White untuk membawa pulang tiga mata ke East Midlands.

Sejak tiba dari Newcastle pada jendela perpindahan musim panas, pemain antarabangsa Sweden itu sekadar menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan dalam sembilan penampilan.

Iklan

Satu-satunya gol dijaringkan Isak hadir ketika aksi Piala Liga menentang Southampton pada September.

Prestasi Isak jelas belum mencapai tahap yang diharapkan, malah aksinya menentang Forest menambah tekanan ke atas dirinya.

Iklan

Editor data bola sepak untuk Opta, Michael Reid berkata, Isak menjadi pemain pertama Liverpool yang tewas dalam empat penampilan sulung liga sejak Percy Saul melakukannya pada 1906.

Aksinya di Etihad pada Sabtu turut kurang meyakinkan apabila hanya mencatat 14 sentuhan – paling sedikit dalam kalangan pemain yang diturunkan.

Percubaan pertamanya ke arah gawang pula hanya hadir selepas minit ke-64 tapi ia tidak mengancam penjaga gol pelawat.