Sara hidup, inflasi sama tapi tak serupa
Iklan
Jelas sekali bahawa kadar inflasi yang menurun bukan bererti harga barang turun. Foto Bernama.
PERSOALAN kos sara hidup adalah sesuatu yang dekat di hati bagi setiap rakyat di Malaysia. Ini kerana ia merupakan harga yang dibayar bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Selain daripada memenuhi keperluan asas, kehendak manusia seperti hiburan, hobi dan pelbagai lagi jenis kemahuan juga memainkan peranan dalam membentuk pola perbelanjaan seseorang itu.