Kru kapal hilang ketika buat kerja ditemui lemas

Iklan
Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.

BUTTERWORTH - Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mayat lelaki warga Indonesia itu ditemui di Pulau Keramat, Tanjung Bungah kira-kira jam 2.54 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihubungi bagi membantu untuk mengangkat mayat terbabit.

"Mayat lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang kru kapal dilaporkan terjatuh dan ketika sedang membuat kerja di atas kapal berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Khodir, 46 dilaporkan hilang antara jam 10 malam hingga 2 pagi pada Jumaat selepas satu laporan dibuat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada jam 3.55 petang Sabtu.

Iklan