GUA MUSANG - Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mengarahkan semua aktiviti kerja-kerja tanah bagi pembangunan di Lojing Highlands di sini diarahkan dihentikan sementara berkuat kuasa pada Ahad hingga 31 Disember ini.
Menurut kenyataan media MDGM, arahan itu dikeluarkan setelah mengambil kira faktor cuaca tidak menentu, taburan hujan yang tinggi serta risiko kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan terlibat.