Air naik mendadak, peniaga durian terpaksa pindah

Iklan
Laluan di hadapan gerai jualan durian Nazrul Hisyam di Kampung Seribong, Kota Bharu yang dinaiki air sekitar sedalam 0.4 meter pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

KOTA BHARU – Peniaga durian di Kampung Seribong di sini terpaksa memindahkan semua jualannya selepas gerai mula dinaiki air pada Ahad.

Nazrul Hisyam Samsudin, 35, yang sudah berniaga sejak lapan tahun lalu berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air naik secara mendadak.

Iklan
Iklan

Pekerja gerai durian segera berkemas selepas air naik mendadak. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

“Saya dan pekerja terpaksa pindahkan semua buah durian ini bimbang akan ditenggelami air.

Iklan

“Tengok pada keadaan cuaca sekarang, walaupun sudah hampir jam 11 pagi, tapi tetap gelap serta hujan tidak berhenti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan banjir kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas.

Iklan

Laluan di hadapan gerai jualan durian Nazrul Hisyam di Kampung Seribong, Kota Bharu yang dinaiki air sekitar sedalam 0.4 meter pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

Ujarnya, bagi mengelak durian rosak serta mengalami kerugian teruk, dia akan menjual buah-buahan tersebut di tepi jalan di Pengkalan Chepa.

Nazrul Hisyam berharap keadaan cuaca buruk ini tidak berterusan kerana stok durian masih banyak dan belum sempat dijual.