Surat sokongan taktik pintas proses tender - C4 Center
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai isu surat sokongan. Gambar kecil: Pushpan Murugiah
SHAH ALAM - Penggunaan surat sokongan dalam urusan kerajaan masih menjadi taktik memintas proses tender sehingga memberi kelebihan tidak adil kepada pihak tertentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Pushpan Murugiah.
“Walaupun ada yang menganggap surat sokongan hanya cadangan, hakikatnya ia tetap digunakan untuk memintas proses tender dan meraih kelebihan yang tidak sepatutnya.