Kru kapal hilang ketika bekerja, dikhuatiri terjatuh laut
Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan operasi SAR bagi mencari mangsa yang dipercayai terjatuh dari kapal sejak Jumaat.
BUTTERWORTH – Seorang kru kapal warga Indonesia dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, di sini pada petang Sabtu.
Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Khodir, 46, dilaporkan hilang antara jam 10 malam hingga 2 pagi pada Jumaat dipercayai ketika sedang membuat kerja di atas kapal berkenaan.
Iklan
Iklan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada jam 3.55 petang Sabtu sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi.
"Enam anggota bersama sebuah jentera LFRT digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan teknik 'water surface searching' di sekitar kawasan bot tempat mangsa dilaporkan hilang.
Iklan
“Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai. Operasi pencarian terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan keadaan laut yang bergelora serta faktor cuaca tidak mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, usaha pencarian dijangka disambung semula pada jam 8 pagi, Ahad.
Iklan
"Sebuah Pos Kawalan Bomba (PKB) turut dibuka di Pengkalan Marin Mak Mandin bagi penyelarasan operasi seterusnya.
"Operasi turut dibantu polis marin, polis, Bomba Pelabuhan (AFRS) dan Pasukan Bomba Sukarela Bukit Bendera. Kita akan memaklumkan perkembangan operasi dari semasa ke semasa," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>