Dua sungai utama di Kelantan melepasi tahap waspada - JPS

Iklan
Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada. - Foto hiasan

KOTA BHARU - Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 12.45 tengah hari ini.

Menurut laman web rasmi Public Infobanjir JPS memaklumkan, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada 56 meter sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada 30 meter sebanyak 1.08 meter.

Tinjauan Bernama di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang mendapati paras air sungai berkenaan menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada.

Iklan

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 November). - Bernama

 

Iklan