Basikal dirempuh kereta, dua kanak-kanak maut

Iklan
Dua kanak-kanak lelaki maut selepas basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Sedaka Tengah, Yan.

YAN - [DIKEMAS KINI] Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mangsa berusia 10 dan 11 tahun itu menunggang sebuah basikal dengan salah seorang berdiri di bahagian belakang.

Bagaimanapun, basikal yang ditunggang mereka secara tiba-tiba dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Iklan

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pada jam lebih kurang 9.25 pagi, polis menerima makluman awal daripada orang awam membabitkan kes kemalangan di Jalan Sedaka Tengah membabitkan sebuah kenderaan dan sebuah basikal.

Iklan

“Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian namun perkembangan kes akan dimaklumkan kemudian.

"Mangsa maut ialah Muhammad Izhar Adnan, 10, dan Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.