'Duit ambil, itu rezeki tapi tetap undi BN' - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.
KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihaknya mengetahui ada parti yang memberikan wang tunai kepada pengundi di Sabah.
Ahmad Zahid akui, ia merupakan rezeki pengundi namun dalam masa sama, beliau mengingatkan pengundi di Sabah supaya tetap memilih BN.
Iklan
Iklan
"Kita dapat tahu, ada parti dan gabungan yang memberikan wang tunai untuk pengundi. Ada yang memberi RM300, RM500 malah RM1,000.
"Itu rezeki, ambillah wang itu tetapi hati dan undi tetap kepada BN.
Iklan
"Namun takkan kita sanggup kerana RM300, RM500 malah RM1,000, rakyat Sabah akan sengsara selama lima tahun lagi," katanya ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan manifesto berkenaan.
Iklan
"Saya akan memantau pelaksanaan ini satu-persatu jika kita mentadbir Sabah.
"Saya akan tentukan ada pengukur prestasi utama (KPI) yang akan dilaksanakan. Selain itu, saya akan tentukan ada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)," katanya.
Justeru itu, Ahmad Zahid berharap rakyat Sabah dapat memberikan peluang kepada BN.
Terdahulu, manifesto BN Sabah yang meletakkan enam teras utama dibacakan oleh Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpandangan rundingan kerjasama politik akan menjadi lebih mudah sekiranya UMNO bersedia memberi ruang kepada Pas untuk bertanding beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut beliau, pendekatan itu boleh dijadikan asas kepada rundingan yang lebih luas melibatkan negeri-negeri lain, termasuk empat negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) atau SG4 iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796503/berita/politik/prn-melaka-boleh-jadi-medan-ujian-kerjasama-umno-pas---sanusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SanusiMdNor #UMNOPas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-16T02:44:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb86mpe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb86mpe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb86mpe"></script>