Tak sempat keluarkan wang, lelaki meninggal dunia di bank

Iklan
Seorang lelaki rebah di sebuah bank di Gemas sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

TAMPIN – Seorang lelaki tidak sempat mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank di Gemas di sini apabila tiba-tiba rebah di pintu masuk premis berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, Balai Polis Gemas menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.27 petang.

Iklan
Iklan

“Polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan bahawa seorang lelaki tiba-tiba rebah di hadapan Maybank Pekan Gemas.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 53 tahun itu rebah ketika berada di pintu masuk mesin ATM di bank tersebut, sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Gemas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, hasil semakan juga mendapati individu berkenaan mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui.

Iklan