WhaleBuy sasar revolusi program kesetiaan melalui teknologi

Iklan
Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat selepas sidang media sempena pelancaran Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital, pada Jumat,

KUALA LUMPUR – WhaleBuy Malaysia dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital, pada Jumat, sekali gus memperkenalkan fasa baharu program kesetiaan pengguna yang lebih berasaskan nilai dan berpaksikan teknologi.

Program generasi keempat itu disifatkan sebagai evolusi penting dalam industri kesetiaan pelanggan apabila mata ganjaran tidak lagi sekadar berfungsi sebagai insentif jangka pendek, sebaliknya dibangunkan sebagai aset digital yang menawarkan nilai lebih mampan kepada pengguna dan jenama.

Iklan
Iklan

Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat, berkata WhaleBuy yang berpangkalan di China telah terlibat dalam pembangunan program kesetiaan sejak tahun 2008 dan kini bergerak selangkah ke hadapan dengan pendekatan baharu yang mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada ekonomi digital negara.

Menurutnya, strategi yang diperkenalkan bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara pengguna dan pemilik jenama, malah membantu perniagaan tempatan meningkatkan pertumbuhan serta mengurangkan kos yang ditanggung pengguna.

Iklan

“Matlamat kami adalah untuk membentuk ekosistem ekonomi digital yang lebih berkualiti, di mana kesetiaan pengguna dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan jenama yang berterusan. Transformasi ini memberi nilai yang lebih bermakna kepada semua pihak,” katanya pada majlis pelancaran tersebut.

Lim menjelaskan, antara sektor yang menjadi fokus WhaleBuy dalam pelaksanaan program ini termasuk industri runcit, makanan dan minuman serta perkhidmatan, memandangkan ketiga-tiga sektor itu mempunyai hubungan rapat dengan pengguna harian.

Iklan

Beliau yakin inisiatif berkenaan mampu memberi impak besar kepada ekosistem digital tempatan dengan menggabungkan teknologi, pembangunan jenama dan kesetiaan pengguna dalam satu rangka kerja yang lebih menyeluruh.

Pelancaran ini turut memperkukuh usaha bersama antara WhaleBuy dan MTPN bagi memacu transformasi digital yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi turut menyokong peningkatan daya saing perniagaan dalam jangka panjang.