Skandal FAM: Siasat dengan telus
Iklan
FAM harus transparen dan telus selain perlukan reformasi menyeluruh dalam sistem pengurusan dan tadbir urusnya. Gambar hiasan
BUKANLAH Awang nak buat tuduhan sebarangan. Sudah cukuplah macam-macam komen, kecaman dan teguran pelbagai pihak khususnya netizan pasal kes FAM yang dikatakan memalsukan dokumen berkaitan pemain warisan. Pihak FIFA khabarnya akan ambil tindakan lanjut yang lebih drastik.
Syukurlah sudah ada pula badan siasatan bebas di bawah Tun Md Raus Sharif, bekas Ketua Hakim Negara ditubuhkan. Awang percaya semuanya untuk cari punca masalah yang amat memalukan negara ini. Siasatan dalaman FAM tentulah tidak berhasil mencari petualangnya. Biarlah badan Tun Raus mengenal pasti siapa mereka.