Pendidikan seksual komprehensif
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Alimuddin
SHAH ALAM - Pendidikan seksual berstruktur dan komprehensif seperti usaha diambil Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menambah tempoh pengajaran modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) bermula Kurikulum Persekolahan 2027 sangat penting bagi menangani kes kehamilan remaja, termasuk luar nikah yang semakin membimbangkan ketika ini.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pendidikan berkait kesihatan reproduktif sememangnya terdapat dalam beberapa subjek tertentu di sekolah, namun ia tidak diajar terlalu khusus.