Mayat wanita ditemui bawah lori terbakar

Iklan
Satu lagi mayat ditemui pada petang Jumaat di bawah lori yang terbabas memasuki gaung sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi pada Khamis. - Foto JBPM Johor

KOTA TINGGI - Mayat seorang wanita ditemukan di bawah lori yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai pada petang Khamis yang mengorbankan pemandu kenderaan tersebut.

Mangsa ditemui ketika operasi mengangkat lori berkenaan pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa dipercayai merupakan kakak angkat lelaki tersebut.

Satu lagi mayat ditemui pada petang Jumaat di bawah lori yang terbabas memasuki gaung sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi pada Khamis. - Foto JBPM Johor

Iklan

"Pada tengah malam semalam, polis dimaklumkan oleh keluarga mangsa, terdapat seorang lagi mangsa bersama pemandu lelaki tersebut iaitu perempuan merupakan kakak angkatnya.

"Pada kira-kira jam 4.30 petang, mayat penumpang tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sebelum itu, seorang lelaki dilaporkan rentung selepas lori dipandu terbakar dan dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang Khamis.

Yusof berkata, nahas tersebut melibatkan sebuah lori jenis Volvo yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar.

Katanya, mangsa yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah akibat kebakaran melibatkan keseluruhan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.