APHM sedia kemudahan 900 katil bantu kendali kes pesakit biasa

Iklan
Dr Kuljit Singh. Foto Sumber Internet

KUALA LUMPUR - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah menyediakan kemudahan 900 katil kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menguruskan pesakit yang tidak melibatkan wabak koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, sebanyak 70 hospital swasta di seluruh negara akan mengendalikan kes pesakit yang akan dirujuk dari hospital-hospital di bawah KKM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain kemudahan katil, APHM juga telah menyediakan 65 ventilator kepada KKM dalam membantu menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

"Kami mewakili sektor hospital swasta di Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan KKM dan juga kementerian lain dalam memastikan penyediaan perkhidmatan hospital yang saksama kepada pesakit.

Iklan

"APHM telah wujud sejak tahun 1972 dan kini mempunyai lebih daripada 140 ahli di seluruh negara Malaysia dan semua hospital besar adalah ahli,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

APHM merupakan suara sektor hospital swasta di bawah Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia yang merupakan pengasas kepada ahli Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Iklan