Remaja hamil luar nikah: Realiti membimbangkan, perlu pendekatan menyeluruh semua pihak
Iklan
Isu remaja hamil luar nikah adalah masalah bersama. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru atau masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing. (Gambar diilustrasi dengan bantuan AI). Gambar kecil: Mohamad Sabri
SHAH ALAM - Isu remaja hamil luar nikah tidak boleh ditangani dengan pendekatan tunggal, sebaliknya menuntut pendekatan menyeluruh melibatkan keluarga, sekolah, masyarakat, masjid, agensi kerajaan dan platform digital.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, pendedahan bahawa 16,951 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin direkodkan hamil antara 2020 hingga 2024 adalah realiti amat membimbangkan.