Remaja kini terlalu terdedah kepada media sosial, pornografi
Iklan
Ibu bapa perlu lebih cakna dan memantau tingkah laku anak sejak kecil terutama dalam konteks penggunaan media sosial. Gambar kecil: Hushim
SHAH ALAM - Remaja zaman kini mudah terdedah kepada laman sesawang berunsur pornografi, malah ada juga yang sanggup menawarkan diri atau menjual ‘perkhidmatan’ melalui akaun dark side di media sosial, kononnya untuk menjana pendapatan.
Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, kebebasan sebegitu menyumbang kepada peningkatan kes hamil luar nikah sejak lima tahun kebelakangan ini terutama dalam kalangan remaja bawah umur yang masih bersekolah.