Trump luluskan pelan damai Rusia-Ukraine

Iklan
Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan pelan damai 28 perkara bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine, yang dirangka oleh pegawai AS melalui rundingan dengan pegawai Rusia dan Ukraine, lapor Xinhua memetik NBC News pada Rabu.

Menurut NBC, pelan itu dibangunkan dengan penglibatan utusan khas Trump Steve Witkoff, Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio serta menantu presiden, Jared Kushner.

Iklan
Iklan

Tiga pegawai AS turut memberitahu NBC bahawa rangka pelan damai itu masih perlu dibentangkan kepada pihak Ukraine.

Pemuktamadan draf pelan berlangsung bertepatan dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine yang tiba di Kyiv pada Rabu.- Bernama

Iklan
Iklan