Lebih 1.3 juta liter minyak hitam cecah RM3.7 juta dirampas

Iklan
Pemeriksaan lanjut menemukan 56 skid tank berisi minyak hitam dengan jumlah keseluruhan 1,321,000 liter.

KAPAR – Kegiatan memproses minyak hitam secara haram di sebuah premis di Kapar terbongkar menerusi rampasan bernilai RM3.7 juta dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 9 pagi dalam Ops Taring Landai itu dilakukan susulan maklumat yang diterima berkaitan kegiatan tidak sah berkenaan.

Iklan
Iklan

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, pemeriksaan menyeluruh dijalankan sejurus anggota memasuki kawasan premis.

"Pasukan serbuan memeriksa seluruh kawasan dan meminta pemilik syarikat mengemukakan dokumen perniagaan.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati syarikat tersebut tidak memiliki permit daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kebenaran daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hasil pemeriksaan mendapati syarikat itu tidak memiliki permit daripada JAS dan kebenaran Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemukan 56 skid tank berisi minyak hitam dengan jumlah keseluruhan 1,321,000 liter.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM3.7 juta.

"Kes disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Kerajaan Tempatan," katanya.

Beliau berkata, semua rampasan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.