KUALA LUMPUR - Ahli-Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kuala Lumpur mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) untuk memperkukuh hak dan kesejahteraan penduduk ibu negara.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pindaan itu dibuat bagi melaksanakan syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada Ogos lalu, merangkumi reformasi tadbir urus Kuala Lumpur daripada sistem kuasa tertumpu kepada Datuk Bandar kepada pelaksanaan struktur berasaskan ahli majlis.
“Perubahan utama RUU ini adalah seksyen baharu 5B yang kita cadangkan, akan ada seksyen tentang keanggotaan majlis.
“Kita akan mewujudkan majlis bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Keanggotaan terdiri daripada Datuk Bandar yang menjadi Pengerusi dan dua anggota yang hendak dicalonkan oleh setiap ahli Parlimen bagi mewakili kawasan mereka.
“Calon tersebut hendaklah dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.
AKAN MENYUSUL