Keganasan rumah tangga bukan isu peribadi tetapi jenayah
Iklan
Keganasan rumah tangga adalah jenayah dan bukan isu peribadi kerana setiap laporan diterima polis akan disiasat tanpa kompromi. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Keganasan rumah tangga adalah jenayah dan bukan isu peribadi kerana setiap laporan diterima polis akan disiasat tanpa kompromi.
Ketua Penolong Pengarah D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis mempunyai kuasa membuat tangkapan terhadap suspek bagi tujuan siasatan dan menghalang suspek daripada terus mengasari mangsa.