Masalah kewangan antara punca utama isteri dera suami
Iklan
Masalah kewangan dikenal pasti sebagai punca paling ketara yang mendorong kes penderaan isteri terhadap suami. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR – Masalah kewangan dikenal pasti sebagai punca paling ketara yang mendorong kes penderaan isteri terhadap suami selain tekanan emosi, panas baran dan ketidakseimbangan peranan dalam rumah tangga.
Ketua Penolong Pengarah D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan menunjukkan isu duit menjadi pencetus utama pertengkaran sehingga membawa kepada keganasan rumah tangga apabila suami tidak bekerja, berpendapatan rendah atau gagal memenuhi keperluan keluarga.