Menjambatani jurang perancangan Malaysia
Iklan
Untuk membina negara secara lestari, Malaysia perlu menjambatani jurang antara RMK dan bajet tahunan.
PADA 10 Oktober lalu, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ucapan Belanjawan Madani Keempat tahun 2026.
Ucapan belanjawan tahunan sentiasa ditunggu-tunggu oleh ramai pihak kerana pada kebiasaannya akan terkandung beberapa perkara yang diharapkan rakyat seperti bonus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, potongan cukai dan pelepasan cukai, bantuan kewangan dan subsidi, peruntukan untuk pelajar dan pendidikan dan pelbagai perkara lagi yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.