Lelaki juga jadi mangsa dera isteri
Iklan
Menurut Siti Kamisah (gambar kecil), kejadian penderaan yang dialami suami merangkumi pelbagai bentuk dan bukan terhad kepada kecederaan fizikal semata-mata. Foto hiasan
KUALA LUMPUR – Kes suami menjadi mangsa penderaan isteri menunjukkan peningkatan ketara sejak lima tahun lalu apabila sebanyak 453 kes direkodkan dari 2020 hingga Julai 2025, mengikut data Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.
Statistik menunjukkan 44 kes dicatat pada 2020 meningkat kepada 74 kes pada 2021, kemudian melonjak kepada 100 kes pada 2022.