Lelaki maut ditembak di restoran

Iklan
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan pada Rabu. - Foto: SYAMILAH ZULKIFLI

SEREMBAN - Seorang lelaki maut dipercayai ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini pada Rabu.

Orang awam yang ditemui di lokasi pada jam 1 pagi memaklumkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang makan sebelum didatangi dua kenderaan.

Iklan
Iklan

Mangsa kemudian dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah.

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi seorang lelaki maut ditembak di Nusari Biz Sendayan. - Foto: SYAMILAH ZULKIFLI

Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 11.23 malam.

"Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi.

Iklan

"Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya