Bersatu teguh dengan hala tuju parti - Ahli Parlimen Rompin
Iklan
Kenyataan dikeluarkan Abdul Khalib (gambar kecil).
SHAH ALAM - Perjumpaan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli-ahli Parlimen parti itu pada Selasa malam menegaskan komitmen kepimpinan serta wakil rakyatnya untuk terus memperkukuh kesepakatan, memperteguh hala tuju perjuangan dan memastikan kekuatan parti berada pada landasan mantap.
Menurut Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah, pertemuan tersebut membuktikan bahawa kepimpinan dan Ahli Parlimen Bersatu sentiasa berpegang teguh kepada semangat jamaah, disiplin organisasi dan nilai perjuangan yang menjadi asas parti sejak ditubuhkan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen terus berdiri teguh bersama Presiden, Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan tertinggi parti yang diamanahkan untuk memimpin serta memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa gentar dan tanpa berkompromi terhadap prinsip.
Ujarnya lagi, keyakinan tersebut lahir daripada komitmen bersama untuk memastikan parti kekal mantap, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran politik semasa.
Iklan
“Dengan keharmonian, kesepaduan dan kesalingfahaman yang kukuh antara Ahli-ahli Parlimen, ia akan mengukuhkan lagi kekuatan Bersatu dalam memperjuangkan dasar berpaksikan integriti, ketelusan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau turut menegaskan keyakinan bahawa Bersatu bersama Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai Pembangkang yang konstruktif, berprinsip dan berwibawa dalam memastikan semak dan imbang yang berkesan terhadap kerajaan.
Iklan
Terdahulu, seramai 18 Ahli Parlimen dilaporkan hadir pada perjumpaan bersama Presiden Bersatu di Bukit Damansara itu.
Mesyuarat itu berlangsung selepas beberapa hari tular dokumen dalaman yang dikaitkan dengan cadangan pertukaran Ketua Pembangkang dan kenyataan beberapa pemimpin yang menyuarakan kebimbangan terhadap polemik dalaman parti.
Pada masa sama, 18 Ahli Parlimen yang hadir turut menyatakan sokongan padu terhadap Muhyiddin.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.