Ringgit naik ke paras RM4.14 berbanding dolar AS berikutan eksport kukuh pada Oktober
Iklan
Ringgit menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS hari ini. Gambar hiasan
RINGGIT menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh laporan mengenai prestasi eksport Malaysia yang kukuh pada Oktober.
Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1480/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1605/1660 semasa ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Eksport negara menokok 15.7 peratus tahun ke tahun kepada paras tertinggi RM148.32 bilion pada bulan lepas, dipacu oleh penghantaran barangan pembuatan yang lebih kukuh dan permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data eksport terkini -- yang menunjukkan pertumbuhan dua digit untuk bulan kedua berturut-turut -- memperlihatkan bahawa ekonomi sedang berkembang pada kadar yang baik.
Iklan
"Ia juga mengatasi anggaran konsensus pertumbuhan kira-kira lapan peratus. Sementara itu, jumlah pelaburan diluluskan meningkat 13.2 peratus kepada RM285.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2025, diterajui oleh lonjakan pelaburan asing sebanyak 47.5 peratus.
"Dalam erti kata lain, pengukuhan ringgit turut dikaitkan dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.6598/6632 daripada 2.6800/6838 semasa ditutup pada Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.8013/8071 daripada 4.8216/8280 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4451/4516 daripada 5.4719/4791 sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Unit tempatan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7977/8191 daripada 12.8252/8481 semasa ditutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1810/1851 daripada 3.1938/1982 pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 248.2/248.6 daripada 248.3/248.7 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.04/7.05 daripada 7.05/7.06. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>