Abuya mengaku bersalah dua pertuduhan, didenda RM1,950

Iklan
Abuya mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Tumpat pada Rabu dan didenda RM1,950.

TUMPAT - Seorang mudir madrasah dikenali sebagai Abuya mengaku bersalah dan didenda RM1,950 oleh Mahkamah Syariah di sini pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu mengajar tanpa kebenaran dan mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.

Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Dr Wan Azmin Wan Adnan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Abuya yang merupakan pengusaha dan mudir Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kubang Batang di sini didakwa menyampaikan sesuatu perkara berkaitan agama tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pondok berkenaan beroperasi tanpa permit.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 117 Enakmen MAIK Bilangan 4 Tahun 1994 iaitu mengajar tanpa kebenaran serta Seksyen 118 Enakmen MAIK Bilangan 4 Tahun 1994 iaitu mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.

Iklan

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Iklan