Kita dalam era shrinkflation
Iklan
Shrinkflation merupakan satu kaedah sesuatu produk dijual dengan harga yang kekal sama atau naik tetapi isinya berkurangan atau mengecil. Gambar hiasan
KALI terakhir saya membeli bihun mentah ialah kira-kira 30 tahun dahulu semasa zaman bujang. Ketika timbul keinginan untuk menggoreng bihun dan makan beramai-ramai dengan rakan-rakan serumah.
Saya beli sepaket dari kedai runcit berdekatan rumah sewa di Pantai Dalam. Saya tidak ingat harganya, tetapi yakin tidak lebih daripada RM1.50.