Ikut arahan majikan atau JPJ?
Iklan
Kenderaan berat dengan lebih muatan mengundang bahaya buat pengguna jalan raya lain. Gambar kecil dari kiri: Haikal, Esma, Siva dan Azrul.
SHAH ALAM - Segelintir pemandu lori mendakwa mereka berdepan tekanan berganda bukan sahaja terhadap penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malah oleh pihak majikan.
Ini kerana ada majikan memaksa pemandu membawa muatan melebihi had ditetapkan demi menjimatkan kos operasi dan memenuhi jadual penghantaran ketat.