Covid-19: 235 kes positif baharu, jumlah kematian 23

Iklan
Dr Noor Hisham - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sebanyak 235 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan kes positif koronavirus (Covid-19) di Malaysia berjumlah 2,031 kes manakala kematian akibat wabak itu kini berjumlah 23 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling.

Iklan
Iklan

"Baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini. -Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan