'Tak perlu guna alasan Mara tak tolong bumiputera' - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan peminjam untuk tidak terus menggunakan alasan 'Mara tak tolong bumiputera'.

Beliau berpandangan, disebabkan ingin membantu lebih ramai kaum Melayu dan bumiputera yang memerlukan, Mara mesti mengambil pendekatan tegas terhadap golongan peminjam culas membuat bayaran balik pinjaman.

Iklan
Iklan

"Tiada kompromi dengan peminjam-peminjam culas. Tak perlu guna alasan ‘Mara tak tolong bumiputera’.

"Sebab nak tolong lebih ramai Melayu dan bumiputera yang amat memerlukanlah, Mara kena lebih tegas kepada yang culas!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkali-kali menyatakan pendirian tegas bahawa peminjam Mara perlu melunaskan semula bayaran balik pinjaman agar generasi seterusnya dapat dibantu dari segi kewangan.

Menurut laporan media tempatan pada Isnin, Asyraf Wajdi menzahirkan rasa kesal apabila terdapat peminjam yang culas membayar balik pinjaman sehinggakan penjamin menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban hutang.

Iklan

Perkara tersebut diketahui beliau apabila seorang pesara kerajaan datang menemuinya selepas meninjau reruai di lobi Mara sempena program 'Peace of Mind' baru-baru ini.