GUA MUSANG - Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak Isnin sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.