Lepaskan tembakan selepas berbalah berapa banyak ibu ayam boleh bertelur sehari

Iklan
Suspek dilihat melepaskan tembakan menerusi rakaman CCTV. Foto Agensi

FLORIDA – Perdebatan remeh mengenai berapa banyak telur yang mampu dihasilkan seekor ibu ayam berubah menjadi insiden berbahaya apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di luar sebuah pub di Port Saint Lucie, Selasa lalu.

Menurut polis, perbalahan itu tercetus selepas beberapa individu terlibat dalam perbincangan hangat di kawasan parkir premis berkenaan.

Iklan
Iklan

Keadaan menjadi tegang apabila seorang lelaki berusia 44 tahun tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol semasa hujahan dan perbalahan menjadi semakin agresif.

Suspek kemudian melepaskan empat das tembakan ke arah tiga mangsa yang bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.

Iklan

Mujur tiada sesiapa cedera meskipun tembakan dilepaskan dalam jarak dekat, sesuatu yang disifatkan polis sebagai 'nasib baik' memandangkan keadaan ketika itu sangat tidak terkawal.

Suspek ketika ditahan polis. Foto Agensi

Iklan

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa saling mengenali, namun mereka hanya berkenalan dengan suspek pada malam yang sama.

Pertemuan ringkas itu berakhir dengan kejadian tembakan selepas topik perbualan bertukar kepada perdebatan agresif mengenai bilangan telur yang boleh dihasilkan seekor ibu ayam dalam sehari.

Suspek, Peter Riera, ditangkap tidak lama kemudian dan kini berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk serangan terancang menggunakan senjata berbahaya.

Polis terus menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar kemarahan suspek yang membawa kepada kejadian itu.-Agensi