Bukan mudah lawan Nepal - Cools

Iklan
Cools Foto Bernama

PERLAWANAN menentang Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini bukanlah tugas mudah buat Harimau Malaya meskipun lawan berada pada ranking lebih rendah dan berdepan isu saingan liga domestik.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools menegaskan skuad kebangsaan tetap menghormati setiap lawan tanpa mengira kedudukan atau masalah yang melanda pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi kami, kami sentiasa perlu menghormati lawan. Tidak kira apa yang berlaku kepada mereka, kami perlu bersedia dengan apa sahaja yang bakal menanti,” katanya.

Mengulas mengenai isu luar padang termasuk hukuman FIFA terhadap FAM dan kedudukan tujuh pemain warisan, Cools sekali lagi menegaskan perkara itu tidak menjejaskan fokus pasukan.

Iklan

Menurutnya, suasana harmoni dalam kem kebangsaan membantu para pemain memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi menentang Nepal.

“Kami suka datang ke skuad kebangsaan. Kami suka bermain bersama, meluangkan masa bersama kerana kami adalah satu kumpulan yang rapat.

Iklan

“Semakin banyak masa kami bersama, semakin banyak kami dapat berbincang tentang bola sepak.

“Itu jelas terlihat dalam sesi latihan dan dalam prestasi setiap pemain.

“Harap kami dapat tunjukkan satu persembahan yang meyakinkan,” katanya.