Solat hajat serentak di seluruh negara esok

Iklan
Zulkifli Mohamad

SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia diseru agar dapat melakukan solat hajat serentak di seluruh negara esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu merupakan titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan taakulan, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat itu adalah pada hari Jumaat (esok), 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di kediaman dan tempat masing-masing.

"Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya kerana hanya kepada ALLAH SWT jua kita berserah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Iklan
Iklan