Kalau Mamdani jadi Datuk Bandar KL
Iklan
Kuala Lumpur sudah ada 16 Datuk Bandar sejak 1972. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR dapat Datuk Bandar baharu lagi. Tempoh perkhidmatan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, 64, dipendekkan. Belum pun sempat dua tahun, baru 16 bulan. Wanita pertama jadi Datuk Bandar KL itu digantikan Datuk Fadlun Mak Ujud, 58, bermula 15 November lalu.
Kalau kira balik sejak 1972, KL sudah ada 16 Datuk Bandar. Nama silih berganti, wajah bertukar, gaya berbeza. Tapi ada orang kata KL tetap sama. Jalan raya masih sesak, kos sara hidup sama naik dengan bangunan tinggi yang makin banyak.