SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai bank didenda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku atas lima pertuduhan pilihan kes rasuah lebih RM20,000 lima tahun lalu.
Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud memerintahkan Low Kah Sing, 37, dihukum penjara selama 32 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.