Lelaki maut kena renjatan elektrik atas siling rumah

Iklan
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas di sini pada malam Ahad.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam 9 malam sebelum sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, PBK II Muhamad Shamser Mat Sharif berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas struktur siling rumah tersebut.

“Bomba menjalankan operasi menurunkan mangsa dari atas siling. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Iklan

“Bagaimanapun, mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.03 malam.

Iklan