Dunia iktiraf perubatan alternatif
Iklan
Antara perubatan integratif yang mula mendapat perhatian adalah Ayurveda yang berakar umbi daripada perubatan kuno India. Gambar hiasan
“SETIAP penyakit pasti ada ubatnya”. Kata-kata ini ibarat janji yang memberi harapan kepada mereka yang baru didiagnosis sakit kronik. Namun, tatkala kesembuhan tak kunjung tiba, bukan saja harapan hilang, kecewa pun lebih hebat.
Dalam era kecanggihan perubatan moden - pembedahan robotik hinggalah penjujukan gen canggih - serta amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, jumlah mereka yang didiagnosis pelbagai penyakit tak berjangkit dan kronik tak pernah pun berkurang.