Kartel dadah didedahkan PM dalam radar PDRM

Iklan
Hussein Omar Khan

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi menumpaskan kartel dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kartel terbabit dalam radar pihaknya.

Iklan
Iklan

"JSJN mempunyai maklumat berkaitan kartel ini dan sudah berada dalam radar PDRM.

"Operasi juga sudah dijalankan dan ada yang dalam tindakan bagi membanteras penyeludupan dadah," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, penyeludupan dadah menggunakan kontena ini merupakan kaedah lama namun masih digunakan sindiket sehingga kini.

Jelasnya, JSJN bekerjasama dengan agensi dalaman seperti JDKM, AKPS serta pihak berkuasa pelabuhan selain kerjasama antarabangsa dengan penguat kuasa negara lain.

Iklan

“JSJN juga menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Australia dari segi membekalkan hasil siasatan termasuk berkongsi laporan forensik malah pihak berkuasa Australia juga akan akan menuduh seorang suspek di sana,” ujarnya.

Pada Ahad, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi sarapan dan sembang santai bersama media Sabah di Kota Kinabalu mendedahkan wujudnya sebuah kartel besar menyeludup masuk dadah ke negara ini yang didengarinya sejak 20 tahun lalu dan tidak ada tindakan.

Anwar turut membangkitkan persoalan berkenaan kepada agensi yang bertanggungjawab, susulan ramai orang bercakap mengenai perkara itu.

Anwar menegaskan beliau tidak bertolak ansur mengenai perkara itu dan memaklumkan turut menemui ketua-ketua agensi setiap minggu dan bertemu dengan selama satu jam.

Beliau juga memaklumkan bahawa wujud sindiket dan ahli politik yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.