Isu guna tenaga graduan
Iklan
Bilangan graduan pada tahun 2024 meningkat tetapi kadar pengangguran kumpulan ini turun kepada 3.2 peratus daripada 3.4 peratus pada 2023, selaras dengan pertumbuhan pasaran buruh. Gambar hiasan
KALAU kita masih ingat, pada tahun 2021 ketika menjadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merintih mengenai pengangguran dalam kalangan graduan yang tinggi.
Ketika itu, dianggarkan terdapat 70,000 graduan yang menganggur dan beliau meminta Parlimen membahaskannya. Beliau mengkritik cara-cara kerajaan masa itu menangani masalah tersebut.