PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki itu berusia 44 tahun dan alamat terakhir di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada sharanraj@sprm.gov.my," katanya.
Pada 20 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan Adam Radlan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta.
Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh memberitahu bahawa SPRM bersetuju untuk menawarkan kompaun berkenaan kepada tertuduh.