Calon PKS DUN Kiulu pengsan

Iklan
Dusi terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut ketika proses penamaan calon PRN Sabah ke-17 berlangsung di Dewan Seri Sulaman pada Sabtu. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Dusi Gingging pengsan ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Sabtu.

Dusi tiba di pusat penamaan calon itu pada 7.30 pagi.