Penyewa maut dipukul tuan rumah akibat dituduh godam telefon bimbit

Iklan
Pemeriksaan perubatan menunjukkan Tamanney mengalami pendarahan dalaman yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat ketika dipukul. Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang lelaki maut selepas dipukul tuan rumah yang menuduhnya menggodam telefon bimbit serta mencuri barangan dari sebuah kilang di Delhi.

Mangsa, Tamanney hadir ke Balai Polis Subhash Place pada 9 November lalu bersama dua rakannya untuk membuat laporan bahawa dia ditumbuk tuan rumah.

Iklan
Iklan

Tidak lama kemudian, mangsa pengsan di balai polis sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Siasatan awal polis mendapati Tamanney tidak hadir bekerja di kilang kasut di Lawrence Road sejak 4 November.

Iklan

Tiga hari kemudian, dia pulang ke rumah bersama rakan-rakan dan mendakwa mereka dikurung oleh tuan rumah selama dua hari serta dipukul selepas berlaku pertikaian berkaitan sewa dan tuduhan menggodam telefon bimbit suspek.

Pemeriksaan perubatan menunjukkan Tamanney mengalami pendarahan dalaman yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat ketika dipukul.

Iklan

Polis kemudian melancarkan operasi menjejaki suspek dan berjaya menahan tuan rumah mangsa yang dikenali sebagai Irshad, pada 11 November di Rohini selepas serbuan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Delhi dan Uttar Pradesh.

Dalam soal siasat, Irshad mengaku memukul mangsa kerana mengesyaki penyewanya menggodam telefon bimbitnya untuk memadam bukti berkaitan kecurian di kilangnya di Wazirpur Industrial Area. Dia turut mendakwa mangsa mencuri syiling rare miliknya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India (pembunuhan) dan polis menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.-Times Of India

ends