Di mana Wan Adriana Qaisara?

Iklan
Wan Adriana Qaisara dilaporkan hilang dari kediamannya di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, sejak Khamis.

SUNGAI BULOH - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh di sini sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan mengenai kehilangan Wan Adriana Qaisara Wan Azim dibuat seorang wanita pada jam 1.13 pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

"Remaja itu dipercayai keluar dari rumah pada 3 petang Khamis.

"Wan Adriana berketinggian kira-kira 149 sentimeter, berat 48 kilogram, berkulit sawo matang dan kali terakhir dilihat memakai baju hitam, seluar hitam, tudung sarung hitam serta membawa beg galas biru muda," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-949 5707.