NGO syor telco bayar ganti rugi kepada mangsa scam
Iklan
Cadangan pampasan adalah langkah paling tepat ketika insiden penipuan dalam talian semakin berleluasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM –Kerajaan disaran mewajibkan syarikat telekomunikasi (telco) membayar pampasan kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan melalui telefon.
Perkara tersebut disuarakan Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (JASANUSA) bagi memastikan telco tidak melepaskan tangan apabila berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan pengguna mengalami kerugian.